Klik untuk dengar lagu

Ahad, 25 Julai 2010

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN

  1. MESYUARAT AGONG
  2. KAWAD STATIK
  3. BELAJAR MENGIKAT TALI
  4. LATIHAN PERBARISAN INTENSIF
  5. GAMBAR AHLI JAWATANKUASA KRS

PERANCANGAN AKTIVITI

JANUARI
  1. MESYUARAT AGONG
  2. SUAI KENAL DI ANTARA AHLI

FEBRUARI

  1. PENGENALAN KRS ( TERUTAMA KEPADA SEMUA AHLI BARU )
  2. LATIHAN KAWAD STATI
  3. KETATA NEGARAAN

MAC

  1. LATIHAN KAWAD STATIK
  2. PENGURUSAN DAN GAYA DIRI

APRIL

  1. PERHIMPUNAN BULANAN ANJURAN KRS
  2. KAWAD KAKI ( LATIHAN )

MEI

  1. PENDIDIKAN ISLAM
  2. BELAJAR MENGIKAT TALI
  3. PERHIMPUNAN KOKURIKOLUM

JUN

  1. BELAJAR MENGIKAT TALI
  2. KAWAD KAKI PERGERAKAN
  3. MENGENALI POKOK - POKOK PERUBATAN

JULAI

  1. KAWAD KAKI PERGERAKAN
  2. LATIHAN KAWAD INTENSIF ( UNTUK HARI SUKAN SEKOLAH )

OGOS

  1. AKTIVITI DIHENTIKAN SEPANJANG BULAN ( BULAN RAMADHAN )

SEPTEMBER

  1. PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
  2. API DAN ASAP ( ISYARAT SUAR & KOD ANTARABANGSA )

OKTOBER

  1. AKTIVITI DIHENTIKAN SEPANJANG BULAN

GURU PENASIHAT DAN AHLI JAWATANKUASA KRS SMKDABB










GURU PENASIHAT
  1. CIKGU NORAZAM BINTI JILI
  2. CIKGU SYAIFUL AZRI BIN BAHAROM
PENGERUSI

NOOR FATIHAH BINTI AHMAD TARMIZI

NAIB PENGERUSI

FARRA AZLIN BINTI MOHAMMAD JAMIL

SETIAUSAHA

MUHAMMAD HARITH BIN ARIF

BENDAHARI

NURUL ADILAH BINTI YABANI

AJK

  • ( TING 1 ) ENGKU DANIAL BIN ENGKU MOHAMMAD AZMI
  • ( TING 2 )ATIKAH BINTI ABDULLAH
  • ( TING 1 ) NOOR AQILAH BINTI MOHAMMAD SORIMI
  • ( TING 4 ) MOHAMMAD MIRZA BIN MUHAMMAD AZAM



Jumaat, 23 Julai 2010

JAWATANKUASA

a.) Peringkat Kebangsaan
b.) Peringkat Negeri
c.) Peringkat Daerah
d.) Peringkat Sekolah

PAKAIAN SERAGAM KRS



STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN, NEGERI DAN DAERAH SEPERTI BERIKUT:

a.) Penaung
b.) Penasihat
c.) Pengerusi
d.) Timbalan Pengerusi
e.) Naib Pengerusi
f.) Setiausaha Kehormat
g.) Penolong Setiausaha Kehormat
h.) Bendahari Kehormat
i.) AJK dilantik

LOGO KRS


Perisai melambangkan tentang kefahaman diri daripada gejala yang tidak sihat. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia . Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa megira keturunan dan kaum, agama, dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidkan Negara.




Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
Warna kuning melambangkan warna diraja yang manjadi tonggak kedaulatan negara Malaysia.
Warna putih melambangkan keikhlasan dan kesucian. Warna hijau malambangkan
Tunas muda /remaja yang masih boleh dibentuk.
Laluan hidup yang jelas untuk masa hadapan.
Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum.
Cogan kata KRS " ILMU IMAN AMAL"

ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS.
IMAN: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
AMAL: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri

OBJEKTIF PENUBUHAN KRS:

• Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.

• Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.


• Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti salah guna dadah, melepak dan juvana.


• Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan para pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
• Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara.


• Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara


• Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

Khamis, 22 Julai 2010

SEJARAH PENUBUHAN KRS

Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pasukan ini pada mulanya dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA) Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar daripada tingkatan 1 dan 2.
Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan, selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020.


Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD-DEEN). Mulai tahun 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM.
Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan; bernaung di bawah Kementerian Pendidikan telah dimulakan pada 10 Ogos 1993, dan satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid b. Wan Mohd Nordin, iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Tesis mengenai KPIM telah dibentangkan dalam pertemuan ini. Hasil daripada pertemuan tersebut, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet, dan jawatankuasa ini telah mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA-PUTERI ISLAM (KPIM).


Walaubagaimanapun, nama pasukan ini telah ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS). Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-pengarah bahagian Kementerian Pendidikan yang telah diadakan pada bulan Oktober 1993 telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah yang membuka keahliannya kepada semua kaum sama ada lelaki atau perempuan.


Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.
Pada bulan November-Disember tahun yang sama, seramai 300 orang guru telah dilatih sebagai jurulatih Kadet Remaja Sekolah peringkat negeri. Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah sebenarnya mempunyai keunikan konsep dan falsafahnya yang tersendiri yang membezakan pasukan ini dari pasukan-pasukan beruniform yang lain. Kegiatan yang dijalankan, digandingkan dengan unsur-unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohani setiap anggota pasukan. Pelajar yang meanggotai pasukan ini bukan sahaja dibangunkan dari aspek jasmaninya melalui kegiatan kegiatan yang mencabar inteleknya melalui kegiatan-kegiatan kreatif, bahkan juga jiwa dan rohaninya melalui amalan-amalan langsung ibadah khusus dan umum.

Isnin, 19 Julai 2010

IKRAR KADET REMAJA SEKOLAH



Kami anggota Kadet Remaja Sekolah,
mengikrarkan akan mengabdikan diri,
dalam seluruh kehidupan kami ,
kepada ALLAH,

dan memperjuangkan Deenul Islam,
dan berjanji akan menepati undang-undang,
Kadet Remaja Sekolah.

Ahad, 18 Julai 2010

LAGU RASMI KADET REMAJA SEKOLAH
Kadet Remaja Sekolah,Menuju satu ikatan bersaudara,Bersatu menjulang, keamanan
Negara,Menjayakan ilmu, iman dan amal.
Marilah kita membina peribadi,Membentuk insan yang kreatif,Ke arah kecemerlangan
diri,Sepanjang masa yang berterusan.
Remaja sambutlah cabaran,Menjadi bangsa Malaysia,Maju dan cemerlang, remaja
berwawasan,Jangan kita lupa kepada pencipta.
Remaja hayati budaya,Ilmu, iman dan amal,Kekalkan di hati dan jiwamu,Wawasan Kadet
Remaja Sekolah